Monday, March 26, 2012

kesabaran vs kemarahan

assalamualaikum , hye! =)

sory lama x update, virus l.a z y melanda, huhu.

pernah x rasa marah tahap nk sepak a.k.a tampaq org ?
pernah x rasa marah tahap nk hilangkn ja hamba Allah tue dari depan mata?

aku selalu rasa mcm tue,
x la selalu,
tapi most of the times.
lately la, hormon marah aku sgt2 la tinggi.
x tau la pasaipa.
PMS?
oh, no3.

then aku realize,
kemarahan itu datangnya dari hasutan syaitan.
huhu, susah sebenarnya nk kawal kemarahan.
rasa mendidih ja kepala otak x seberapa byte aku nie.

tapi ada caranya nk handle kemarahan.
tips? bkn tips la,
sbb smua org tau cuma x amalkan >>tuju kat diri sendiri<<
bila aku rasa temperature marah aku nak naik,
aku akn pandang tmpt lain, diam pastue menyumpah dlm hati.
jahat kn?
tapi better la dari aku lempang sapa2.
x pasal2 kuaq brita utama tv18.
HOT setap aku nt, haha.

tue ja la yg aku nk ckp,
bila marah ---> diam + pandang tmpt lain,
x pn beredar la dr tmpt tue.

" berdiam diri lebih baik dari berkata-kata"


daaaa for now, maghrib2!
jom solat dlu  =)

Saturday, February 4, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Assalammualaikum and hai!  =)
semalam aku try wat kek cheese nie.
amek resipi kat internet.
ubah2 ikut citarasa sendiri
x susah pn,
x yah msk oven.
brg2 utk msk pn sket.
dan resultnya,
hurm, yummy =)


Bahan2:

A: 
  • 1 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (jenama LEE) 
  • bancuh 1 cawan nescafe

B:
  • 500 g cheese cream (Jenama Tartura) 
  • 125 g butter
  • 10 ml susu segar 
  • 1/2 cawan gula halus
Caranya :
  1. Satukan cheese , butter dan gula halus,pukul sebati 
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair 
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan 
  4. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam nescafe(celup sekejap ja) lepas itu terus susun dalam bekas.
  5. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan 
  6. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi 
  7. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir. 
  8. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan atas kek tadi. ( aku ramas ja,hehe)
  9. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. 


nie resipi real : http://dayangjack.blogspot.com/2012/01/kek-lapis-cheese-pesona.html#ixzz1lUPyvFQ0


beza kan kak dayang tue wat dgn bdk baru blajaq mcm aku wat.
geram gila tgk kek dia, nmpk sedap sgt.
x pa la
practice will make perfect =)








Friday, February 3, 2012

menu hari ini?

assalammualaikum and hai!  =)

hari nie, esk ngan lusa.
parent aku x da kat umah.
jadinya, aku la queen of the house.
muahahahaha >>gelak jahat<<
tinggal la aku dgn 4 musketeers kat umah.

semalam, sejam sblum tesco tutup,
sempat p beli brg dapur ngan pak aku.
pastue balik umah.
kuaq plak p umah kwn pak aku.
tolong perisi taugeh smbil2 tggu pak aku abeh sembang.
isi taugeh watpa tgh2 mlm? haha,
utk kenduri ank kwn pak aku tue,
dh mak pak aku x dpt mai kenduri esknya,
p la sua muka, huhu.

otw balik,
ujan lebat gilaaaaaaa!
tp x la encun sgt,
apa tipsnya?
bawa la laju2, hehe.
dak la, duk nyorok blkg pak aku.
mmg la x basah kan =D

ok berbalik topic kat ats nuh,
rinie aku msk ayam msk merah ngan kentang goreng.
nk msk berat2 aku x reti, huhu.
tuela bila nk pandai masak x tau.
x pa la, aku cuba.
cilok2 resipi kat tenet + tauk ja apa yg ada + sesedap rasa.
jadilah wlaupun x sesedap masakan mak =)
mlm nie nk goreng bihun,
pastue suh 4 musketeers tue tdo, abeh la keja aku
esk pkiaq len nk msk apa =)

Thursday, February 2, 2012

Mimpi Semalam.

assalammualaikum and hai!  =)

semlm aku mimpi,
mimpi mkn cendol.
aaaaaaaa!
sedapnya.
wishlist aku byk g yg x dipenuhi.
huhu, x pa2.
azam aku sebelum balik,
nk mkn cendol semangkuk!

haaa lg 1,
sejarah ya sejarah,
sejak balik cuti panjang >>panjang ke? ketot ja aku rasa<<
aku x jejak g pasar mlm,
haha, kalo x.
asal balik je pasar malam.
x pa la,
people change.
malas nk berasak2,
touching tanpa rela.
alasan munasarawak =)
x boleh blah.
ok2.
daaaaaaa!


updated
p/s :pak aku bru bawa balik cendol pulut, alhamdullilah terlaksana =)

Tuesday, January 31, 2012

Kan Best Kalau...

Assalammualaikum and hai!  =)

kan best kalau aku berani drive.
x payah minx org len bwa aku p mna2.
lesen P aku pn dh nk tukaq jadi lesen SEBENAR.
tp last aku bwa time test JPJ dlu.
hampeh tul, aduii.
betul la mak aku ckp dlu, tp aku keteqaq.
kan kata2 mak itu ada benarnya.
mak aku ckp nk amek lesen watpa, satg ang x bawa pn.
haaa kn dh betul tue, huhu.

owh keberanian!
x tau lempaq p mna tah.
bila x berani bwa keta,
ssh la aku nk kuaq p beli brg.
mcm2 aku nk msk,
nk tggu org bawa, tutup abeh smua kedai.
jadi tergendala la smua rancangan aku.
mcm2 ada dlm kepala,
satu pn x jadi lg.

Monday, January 30, 2012

Kan Ku Kejar Cintamu

Assalammualaikum and hai!  =)

Last friday aku g outing ngan besties-besties aku,
pusing2 penang guna pengangkutan awam.
seriously byk tmpt kat penang yg kami x penah jejak.
naik feri penumpang for the first time,
haha, seriuosly jakun gila.
aduiii,byk scene malu, nasib bek smua pandai cover muka, haha.

nk tau cite psl kat penang tue, bleh la baca entry Cik Tie.
smuanya ada kat situ, still x leh tahan gelak, haha.

ok dh2, skrg nk cite psl novel yg aku beli time outing ritue.
hehe,guna voucher 1 malaysia, still have RM150 in balance.
kalo ikut hati nk borong ja smua novel kat popular tue.
tapi, x baik gelojoh2, sabaq2, tahan nafsu novel, haha.


and salah satu novel yg  aku beli adalah KAN KU KEJAR CINTAMU.
seriuosly2, best + lawak gila.
ha termasuk watak2 dlm novel tue gila, haha.
hampa bayangkan si isteri kena goda suami dia.
haha, cite nie berat + ringan = ok
ada part yg rasa woo berat gla novel nie,
then bila si isteri wat lawak, gelak tergolek aku =D

ok pas baca novel, kita kena la ambil mesej2 baik yg disampaikn that are :
-"beban membunuh impian" , jangan biarkan beban di otak membunuh segala impian anda.  
-jgn biarkn nafsu menguasai minda, kelak kita yg binasa.
-bila mencintai seseorang, simpanlah sedikit cinta tue utk diri sendiri, kelak kita tak da la kecewa sgt and jgn melebihi cinta kita terhadap Allah.
-bila dh rasa mampu jadi seorang isteri, kenalah patuh dengan suami, tapi kalo suami pn tunggang langgang, bimbing lah dia, jgn la tinggalkn dia, nusyuz tue.
-lastly, dendam dan amarah x kan kemana, selagi masa bernafas, maafkanlah smua org and be happy for the rest of ur life =)

pesanan dari penaja : x rugi beli novel nie, byk pengajaran + lawak.
sapa nk pinjam, bleh la mai amek kat umah  =)



Sunday, January 29, 2012

misteri jodoh

assalammualaikum and hai  =)

aku bru abeh baca buku 'MISTERI JODOH' karya Suyadi As-Salmani.
actually buku nie translation dr Indonesia.
best sgt,

bila baca buku nie,
terjwb la smua persoalan yg membelenggu aku slama nie,
-tentang jodoh yg telah ditetapkn Allah.
-mcm mana nk dapatkan jodoh yg terbaik,
-mcm mana nk jd jodoh yg terbaik utk jodoh kita.
-jenis2 jodoh yg ada.

and aku baru tau ada 2 jenis jodoh,
1- jodoh yang kita berusaha mencari
2- jodoh dari Allah bila kita berserah kepadaNya

kedua-dua jodoh di atas ada baik ada buruknya,
pas baca buku nie,
assumption aku,
"jodoh dari Allah lebih sempurna dari jodoh yang kita cari kerana kita hanyalah manusia yang tidak sempurna"
tapi kita kenalah usaha iaitu dengan berdoa dan sentiasa berusaha menjadi hamba yang lebih baik dari hari ke hari.
kerna perempuan yang baik hanya utk lelaki yang baik =)
nk yg soleh kena jadi solehah dlu ye!
>>nasihat utk aku dan kwn2 yg aku sygi<<

lastly,for those yg byk persoalan tentang jodoh yg x terjwb lg,
bolehlah beli buku nie.
anda akn belajar menjadi jodoh yg baik utk mendapat jodoh yg baik =)


"jodoh itu rahsia Allah, sampai waktunya, Allah akan tunjukkan siapa, bila , dimana dan bagaimana"